Thursday, February 19, 2009 4:40 AM
unbreakable



Angin yang sepoi-sepoi bahasa tidak mampu menenangkan mindaku.
Aku amat sedih dengan apa yang telah ditimpa oleh Pak Ali.
Seorang warga tua yang sangat aku hormati.
Bagiku, apa yang telah berlaku adalah tidak adil.
Mengapa ini semua harus terjadi?
Mengapa harus Pak Ali pergi meninggalkan ku ketika kami mula bermesraan?
Ketika aku mula menyayanginya sebagai seorang cucu terhadap atuknya.
Ketika aku mula merasakan apa yang ingin aku rasakan sekian lama?
Kertas yang berada ditanganku sudah ronyok dek genggaman.
Aku tak mampu menerima hakikat ini.
Airmata yang bertakung dikelopak mata mula membasahi pipiku yang gebu.
Alunan ombak telah mengambalikan nostalgiaku terhadap Pak Ali.
"Mengapa cucu menangis? Boleh atuk bantu?", satu suara yang terketar-ketar menyapaku. Aku berpaling kearah suara itu.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajah yang berada di hadapanku.
Wajahnya buruk sekali.
Aku terpana . "Kau siapa? Apa yang kau mahu dari aku? Aku tak perlukan bantuan kau! Baik kau pergi cermin diri kau sebelum menghulurkan bantuan.
Kalau kail panjang sejengkal, lautan luas jangan diduga. Jika kau tidak dapat menguruskan diri kau, apatah lagi membantu aku. Tidak perlu. Aku tidak ingin bantuan kau! Pergi kau dari sini! Kau tidak ubah seperti seekor anjing yang terbiar di tepi jalan! Aku jijik tengok muka kau! Pergi kau dari sini!," kata-kata nista yang telah aku hamburkan masih aku ingati. Waktu itu, aku berasa amat buntu hingga aku alpa dengan apa yang sedang berlaku. Aku tidak mampu mengawal perasaan amarahku hingga aku telah memarahi dan mencaci seorang insan yang tidak bersalah terhadap diriku. Pada saat itu aku ibarat seperti marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Aku mengaku, memang khilafku. Aku menyesal. Aku berasa marah apabila ibu selalu mengenepikan aku. Ibu selalu mencaci diriku.Segala yang dilakukan oleh diriku pasti ada sesuatu yang membuat ibu marah. Semuanya tidak betul.Ibu tidak pernah memujiku. Sebaliknya, cacian yang telah dihadiahkan. Aku benci dengan keadaan itu. Oleh itu, tangisan adalah cara yang terbaik untuk aku melempiaskan segala perasaan kecewa dan marahku. " Ya nak, atuk mengaku bahawa atuk kelihatan tidak sempurna.Atuk tidak berdaya untuk membantu. Namun, kesempurnaan tidak terletak sahaja pada parasa rupa. Malah, sifat dan kemuliaan hati juga boleh diukur bagi perkataan yang bermaksud sempurna. Atuk minta maaf jika atuk menganggu cucu. Atuk tidak berniat untuk menambahkan lagi kesengsaraan yang sedang cucu perolehi," aku terbungkam pabila mendengar kata-kata atuk itu. Jauh disudut hati, aku ingin memohon maaf. Namun, lidahku kelu."Oleh itu, sebelum atuk meninggalkan kamu sendirian, dengarlah nasihat ini. Hidup tidak selalunya indah. Kehidupan boleh diibaratkan bagaikan lautan yang ada kalanya pasang dan surut. Apa yang setiap insan hadapi adalah cabaran dan tentu ada hikmahnya. Ianya bagaikan udang disebalik batu. Sebelum kita kecapi keindahan di dalam kehidupan, kita haruslah hadapi cabaran dengan hati yang tabah. Kehidupan tidak akan membawa makna jika tiada masalah. Manusia sering mengeluh dan mengadu jika menghadapi masalah. Tetapi, mereka tidak sedar bahawa kepahitan itulah yang akan menjadikan mereka seorang insan yang berguna. Jika bukan kerna masalah itu, manusia tidak akan bangkit untuk memperbaiki diri masing-masing untuk menjadi seseorang yang berguna. Atuk harap, cucu selamilah kata-kata atuk agar cucu dapat selesaikan masalah yang sedang dihadapi dengan sebaik-baiknya. Atuk pergi dulu ya nak. Dan maafkan atuk jika atuk telah membangkitkan kemarahan cucu." Katanya lalu beredar dari situ. " Ibu bencikan saya. Saya tiada tempat untuk mengadu. Mengapa ibu bersikap seperti ini? Saya berasa amat sayu pabila mengenangkan nasib diri yang malang ini," kataku tetiba tanpa dipinta. Biarlah lelaki itu mengetahui apa yang tersirat di hatiku ini. Aku tidak mampu menanggung keperitan ini sendirian.Sekian lama memendamkan perasaan ini, tewas jua aku akhirnya. Aku sendiri tidak mengerti mengapakah lelaki ini telah menjadi tempat aduanku. Mungkin kerana nasihatnya sebentar tadi atau mungkin juga kerana aku berasa bersalah terhadap dirinya. Aku sendiri tidak pasti. Yang pasti, aku perlukan seseorang disisiku untuk meluahkan perasaan yang telah kian lama terbungkam di hatiku. "Mengapakah cucu berkata seperti itu? Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya? Tahukah cucu bahawa kasih sejati adalah kasih dari seorang ibu? Dialah yang telah bersusah-payah melahirkan kita di dunia ini. Tanpa mereka, siapalah kita," bidasnya. adakalanya kamu berjaya? Tidakkah itu bermaksud bahawa kamu telah mempertingkatkan ilmu pengetahuanmu hingga kamu berjaya? Itulah caranya ibu kamu meluahkan perasaannya. Iaitu, ketegasan. Sudahlah nak. Jangan lah menangis. Kepahitan dan keperitan di kehidupan haruslah dijadikan pedoman agar kita menjadi seorang insan yang berguna. Usah ditangiskan lagi. Kini kamu mengerti apa maksud atuk bukan?" kata Pak Ali lalu beredar dari situ.Kata-katanya telah menyedarkan aku. Jika difikirkan balik, memang benar apa yang dikatakan oleh dirinya.
Mulai dari saat itu, aku bukan sahaja mula rapat dengan Atuk Ali, malah hubungan ku bersama ibu mula menjadi erat. Aku bersyukur kerna telah ditemukan Pak Ali. Pak Ali adalah seorang yang amat aku kagumi dan hormati. Walaupun kisah kehidupannya amat memilukan, namun aku kagum melihat ketabahan dirinya. Pak Ali tidak mudah untuk mengaku kalah. Dia tidak seperti insan lain yang mudah berputus asa. Sebaliknya, dia hadapi semua ini dengan hati yang terbuka.
Pak Ali telah merentasi segala rintangan dengan hati yang penuh dengan ketabahan.
Dia pernah berkata bahawa dia redha dengan apa yang berlaku terhadap dirinya kerna dia pasti bahawa setiap perkara yang berlaku, mahupun baik atau buruk, pasti ada himahnya.
Pak Ali telah kehilangan suri rumahnya serta anaknya yang berusia 5 tahun. Mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan yang amat mengerikan. Kereta Pak Ali telah dilanggar oleh sebuah lori.
Tiada siapa yang dapat diselamatkan kecuali Pak Ali.
Selama 10 tahun Pak Ali merana.
Namun dia sedar, tidak guna mengeluh kerana nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa yang boleh dilakukan dan tidak mungkin masa boleh berputar. Kehidupan harus diteruskan. Mulai detik itu kehidupan Pak Ali bagaikan sebatang kara.Hari ini adalah hari Sabtu. Bererti aku akan bertemu dengan Pak Ali sebentar lagi.
Aku tidak mengerti mengapa hatiku tiba-tiba tercuik untuk membaca akhbar yang berada di hadapanku.
Lalu, aku pun menyapainya.
Hatiku bagaikan ditusuk sembilu pabila membaca tajuk berita itu.
Pak Ali telah menemui ajalnya.
Rumahnya hangus dek dijilat api.
Aku bagaikan tidak percaya.
Mengapa ini harus terjadi.
Pipiku basar dek airmata yang mengalir dipipiku.
Walaupun, Pak Ali telah pergi meninggalkan aku, namun dirinya dan juga nasihatnya tetap subur di sanubari.
Ingatan itu tidak mungkin akan luput kerana jika bukan kerana dirinya, tidak mungkin hubungan ibu dan aku akan menjadi rapat.
Dan kata-kata perangsangnya akan tetap segar diingatanku



Yours truly,


I don't need a people who act like somebody else to be happy, and i love what you hate about yourself.
Tagged




Scream Love,

Click here to ask me questions in private.

Thanks for dropping by, but i will appreciate if you tag along.




Linksphere,





Dance like no one is watching. Sing like no one is listening.